Monday, October 6, 2014

KENALI TULANG RUSUK KIRIMU

Assalammualaikum...


Kisah mengapa wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki...
Seorang yang bijak berkata..
Wanita selalu akan mengembalikan yang lebih untuk lelaki.
Jika kamu memberinya rumah
Maka ia akan memberimu kehangatan dalam rumahmu
Jika kamu memberinya beras
Maka ia akan menanak nasi untukmu
Jika kamu memberinya cinta
Ia akan memberimu pengabdian seumur hidupnya
Tapi jika kau memberinya hinaan
Ia akan memberimu doa dalam air mata kepedihannya
Dan itu persiapkanlah dirimu untuk berjuta kemalangan!!!!

Jika kamu berdoa dan yakinlah bahawa dialah wanita yang terpilih untukmu
Maka terimalah dia bukan hanya sebagai wanita yang sempurna
Tetapi terimalah dia dengan cara yang sempurna
Melainkan sebagai wanita yang terbaik

Bukanlah dia yang tidak pernah berbuat salah
Tapi dia yang selalu berkata maaf untuk segala kesalahannya dan ia yang punya sejuta maaf untuk segala kesalahanmu
Ia yang mahu menerima masa lalumu 
Dan siap merancang masa depannya bersamamu dan menyerahkan kehidupannya padamu
Dia yang selalu cemas dan hilang akal ketika kamu tidak memberinya khabar

Jika dulu sifat manjanya membuatmu tertawa lucu
cemburunya bererti dia sayabg padamu
Air matanya boleh menyayat hatimu....
Tapi sekarang jadi alasan kamu mmelepeaskannya...

Maka renungkan sejenak!!!!!
Mengapa dalam berbagai lagenda bahawa wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki

Bukan dari tulang kepala kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki
Bukan dari tulang kaki kerana wanita juga bukan alas kaki lelaki

Wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hati
Agar wanita jadi pendamping, penjaga hati
Dekat dengan kerana untuk disayangi
Wanita akan terlelap dalam dakapan lelaki, kerana wanita tahu dari sana ia berasal


Maka dari itu kenalilah dan sayangilah '' Tulang Rusukmu'' :-)



No comments: