Tuesday, September 30, 2014

Miss That Guy !!!!!!!

Salam Oktober guy!!!!

Hari nie tiba-tiba aku terindu plak kat member aku nie.... Mungkin persahabatan kiteorang hanya sampai separuh jalan sahaja..tapi aku redha dengan keputusan die..Aku terima dengan hati yang ikhlas dan anggap persahabatan ini perlu berakhir, mungkin takdir Allah yang kite tak tahu... Kite merancang Allah juga merancang untuk kite. Tak perlu untuk aku salahkan sesiapa macam mana kiteowang boleh berkawan dan menjadi rapat, walaupun pada mulanyer persahabatan kiteowg macam anjing dengan kucing, asal jumpa jer nak bertekak dan bergaduh.Tapi itulah kenangan camne kiteowg leh menjadi rapat... 


Sahabat maafkanlah andai diri ini ada banyak kekhilafan selama kite berkawan
Sahabat maafkanlah andai tutur bicara ku menguris hati dan persaanMu
Sahabat maafkanlah jika aku banyak menyusahkanmu 
Sahabat maafkanlah jika aku tidak dapat memahamimu
Sahabat maafkanlah jika aku bukan kawan yang sempurna .....


Tapi aku nak kau taw 1 benda saja... mengenali kau adalah perkara yang terindah dalam hidup aku, terima kasih banyak mengambil berat pasal aku selama kite berkawan, banyak berkorban masa untuk lepak-lepak dengan aku, mendengar segala masalah aku, pasal study, kerja dan terima kasih banyak-banyak tolong aku saat aku jatuh, pertolongan kau dan budi baik kau tak termampu aku balas...sebab tu semua keikhlasan yang terbit dari hati kau.


Semoga Allah balas jasa baik kau selama ini, sentiasa mendapat lindungan Allah S.W.T. selalu, hidup dilimpahi kebahagian dunia dan akhirat, itu jer yang mampu aku lakukan... MENDOAKAN kau selalu selamat dan bahagia.MENDOAKAN  kau selalu dalam sujud-sujud ku, tu jer yang mampu aku lakukan








Nyum-nyum old town white coffee Melaka.



Aku rindu nak lepak ngan ko bro....




My menu diet.... Hahahahahhaha melantak x hengat dunia....tq pada En.
 di atas yang banje



P/s : Kenangan kite mungkin tak akan aku lupakan... sebab mengenali kau adalah takdir dari Allah untuk persahabatan kite...




Friday, September 12, 2014

Jatuh Cinta Lagi....

Boleh ke aku jatuh cinta ????

Perkenalan yang singkat telah bawa aku mengelamun jauh untuk jatuh cinta pada seseorang. Ada beza ke jatuh cinta, sayang dan rindu erk....hhahahahhaha.... tapi yang penting aku memang tengah angau kat seseorang ni... kalau ade jodoh tak kemana kan... Insyallah, doa, usaha dan tawakal tue penting...


Entah la tak tau la kenape tiba-tiba jer aku rase selesa dengan die. Lagi 1 die seorang yang caring, manja, romantik boleh la jugak.... tapi aku suka sebab die tak gatai macam sesetangah lelaki. Macam mana bz sekalipun die tak penah  lupa nak text aku. Aku suka orang yang selalu bagi perhatian kat aku nie...  sebab aku juga seorang yang manja , hahahhahahhaaha nampak tak permainan aku di situ.


Ya ALLAH, Andainya Engkau wujudkan perasaan aku ketika ini, hadirkanlah die seorang yang melabuhkan cintaNya kepadaMu dahulu, sebelum die melabuhkan cintaNya kepada diriku. Lindungilah kami daripada cinta yang sia-sia dan dusta. Satukanlah hati kami hingga ke JannahMu Ya ALLAH. Permudahkanlah apa yang kami rancangkan dan satu kanlah kami dalam ikatan yang halal. Sesunguhnya kami memohon petunjuk dan rahmat dariMu Ya ALLAH. 


Sesunguhnya aku serahkan hatiku kepadaMu Ya ALLAH, rancanglah kehidupan ku sebaik-baiknya didunia dan di akhirat. Pertemukanlah aku dengan lelaki yang soleh yang dapat mengengam erat tangan aku melangkah ke JannahMu yang dapat menjadi imam kepada anak-anak ku kelak, seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab terhadap keluarga die suatu hari nanti. Seorang yang setia dan penyayang..




Amin Ya Rabbal Al Amin




Monday, September 8, 2014

Nak Wat Menantu Lak !!!!!!

Bismillahirohmanirohim...

Assalammualaikum...

Hah !!!!! cam lawak plak ada orang datang merisik aku pada hari raya hari tu... Entah la nak cakap lebih2 pun x boleh coz family aku kenal la plak, So aku amik jalan insiatif cuba untuk berkawan dulu dengan die, soal jodoh tu belakang cerita la kot. Ok so first perkenalan mak sedara die yang cuba kenen kan aku dengan die sebenarnyer, so mak sedara die la orang perantaraan antara aku dengan die. Cam biase kiteowg tukar2 picture tu pun mak sedara die yang mintak dulu. N then malam tue aku dapat balik picture die dan mak sedara  die bagitaw yang die dah bg no aku kat die. Ok firstly aku cerita dulu la sape empunya nama dan serba ringkas tentang diri die dulu ea. Nama die mohamad syazwan bin abdul hadi, die sebaya dengan aku ok. Anak sulung daripada 3 beradik, kerja askar (mat tiarap la plak kan). Ok tu jer yang aku taw serba ringkas dengan diri die.


Fistly aku dapat msg dari die pada 03.Ogos.2014 bagi aku tak ade masalah pun...wat masa nie memang aku tak ada nak pikir lagi pasal nak kawen ke ape, cuma aku perlu amik aty mak dan ayah aku untuk cuba berkawan dengan die, ye aku akui..memang la mak ayah aku risau aku belom kawen2 lagi smpai sekarang, tambah2 aku pompuan lak.Lagipun aku skunk tengah sambung blaja lagi dengan kewangan tak kukuh, gaji pun kecik lagi, seyezly kalau boleh bio la aku nak kumpul harta aku sendiri dulu, cari kerja yang menjamin masa depan. 


Sebenarnyer aku dalam masa nak reject jer budak askar nie.... dan tengah nak bagi alasan kat family aku yang aku tak boleh nak terima die.Banyak sebab la kot lau aku tak boleh nak menerima die, dan aku rase die tak mungkin boleh faham perangai aku. Lagipun aku tengok die macam lelaki yang slow down ckit...


Sebab-sebab aku nak reject die kerana mungkin die terlalu bz sampai tak sempat nak balas text aku, bayangkanlah lau hari nie aku text die 3 hari kemudian baru die reply msg aku... alasan tak masuk akal, bz memanjang, aku memang tak boleh terima bila lelaki tak dapat memberi ruang untuk diri aku, sejauh mana jauh  sekalipun antara aku dengan die zaman skunk canggih jer ade wechat, whatsapp, instgram untuk berhubung, nak dengan tak nak jer. Aku juga bukan plak jenis orang yang nak menunggu sesuatu tanpa kepastian, bagi aku lau ko dah tak boleh nak reply msg aku maksudnyer ko tak berminat untuk berkawan dengan aku. 


Bagi aku la kan... kalau seseorang tue ikhlas nak berkawan dengan kite die akan mencari suatu jalan untuk rapatkan diri die dengan kite. Bukan cari alasan yang tak munasabah... seyezly alasan macam budak sekolah tadika. Baru uji ckit, pasal bab msg2..die dah fail blom lagi uji bab lain-lain...