Sunday, May 11, 2014

Jodohku Bukan Dengan Si Dia

Bismillahirohmanirohim...
Assalammualaikum w.b.t.

Hampir setahun lamanyer untuk aku menulis entry ini.  Aku dh penat nak menjawab soalan-soalan dari orang-orang sekeliling aku. Soalan yang glamour bila aku balik kampung, pergi rumah sedara mara dan juga pergi kenduri kahwin. 


1)   Bila Kau Nak Kawen Nie!!!!!!!!!! 
2)  Bila Nak Ade Anak??? Tgook Anak Aku Dah Beso2 Kot....
3) Rugi Kawen lambat...nanti anak2 hang kecik-kecik lagi.... 
4) Tidak  takut ke jadi Andartu...
5) Kecian Mak Hang  Nak Cucu



Sapelah aku nak mempertikaikan takdir dan ketentuan Ilahi yang jodoh itu belum lagi aku miliki dan perolehi .Setiap manusia memang nak dicintai, disayangi, dihargai oleh kehidupan masing-masing. Cuma takdir Allah tu tidak siapa dapat menentang, selagi Allah tidak mengkehendaki sesuatu perkara memang Ianya tidak akan terjadi (Kun Fa Ya Kun). Sebab aku percaya empat perkara yang menjadi rahsia Allah iaitu Jodoh, ajal maut, rezeki dan juga tempat kematian kite yang tidak akan kite ketahui. Mungkin Allah melambatkan jodoh aku kerana banyak benda yang aku kena pelajari sebelum berumah tangga, sebab persediaan mental dan fizikal kena kuat bila kite melangkah ke alam yang baru, Aku juga tidak nak perkahwinan aku goyang dan rapuh di tengah jalan,dalam erti kata yang lain (Bercerai diwaktu muda) ramai sangat sekarang yang berkahwin dan bercerai, padahal bercinta bagai nak rak dari zaman sekolah lagi, last-last korang putus alasan tidak sefahaman, tidak matang, tidak puas enjoy, so tak ada istilah la korang mengakhiri zaman bujang dan berakhir dengan penceraian. Bagi aku benda ni dah macam menjadi satu trend plak. Kahwin pastu bercerai sesuka hati. Sedangkan Allah melaknat penceraian di dalam islam, kenapalah tidak ramai yang sanggup mempertahankan rumah tangga dieorang macam zaman mak dan ayah kita dulu. Cuba bukak mata korang, zaman dulu mak ayah kita hidup susah '' ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang'' tapi dieorang stay boleh menjaga dan mendidik kita sampai jadi insan yang berguna sehingga ke hari ini, dengan anak-anak yang ramai dan kehidupan mak ayah kite dulu. Aku kagum dengan kehebatan orang tua kite dulu sanggup mengengam erat tangan masing-masing demi mempertahankan rumah tangga, mendidik anak-anak dan juga mencari sesuap nasi demi kehidupan keluarga.



Salahkah, kalau aku berhati-hati dalam memilih teman hidup, bukan niat diri  nak demand sangat...cuma aku belum jumpa yang sesuai dengan diri aku, yang memahami diri aku, yang menghargai diri aku dan paling penting aku rase bab memahami. Susah nak jumpa orang yang memahami diri aku atau aku memahami diri die. Soal rupa paras tu aku rase tidak menjadi masalah sangat, apa guna dapat jejaka yang hensem, belum tentu die dapat membimbing aku ke Jannah Allah , yang dapat menjadi ketua keluarga yang baik yang dapat menjadi imam kepada aku dan anak-anak kelak, yang sanggup menerima segala kelebihan dan kekurangan diri aku. Yup aku rasa agama tu memang penting untuk sesebuah keluarga yang bahagia. Tanpa pegangan agama siapalah kita Khalifah Di Bumi Allah S.W.T. ini....(Sowie lau ayat aku macam tak betol). Mungkin dengan usia aku ni, aku mula berpikir sejauh ini,Aku hanya memerlukan insan yang matang untuk mengendali kehidupan kami sekeluarga kelak. Mungkin juga bakal imam ku tengah mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu agama untuk alam rumah tangga. Insyallah aku percaya pada perancangan Allah, Qada dan QadarNya, mungkin ade yang lebih baik untuk diri aku dan jga untuk masa depan aku, tak perlu jeles dengan kehidupan orang lain. Allah tidak akan menguji sesuatu di luar kemampuan umatnya. kemampuan nya.   Alhamdulilah pada korang yang bertemu jodoh dan mempunyai anak-anak yang comel2. Doakan aku pulak akan menjejak langkah korang pasni.   



Buat bakal imam ku..... Insyallah aku akan cuba perbaiki segala kekurangan diri... jadi yang  terbaik untuk dirimu dan  bakal anak-anak  kite.... Mengharap keredhaan Allah moga kite dipertemukan dengan niat yang murni dan suci.... Mengharapkan yang HALAL disisi Allah S.w.t. dan dilimpahi kasih sayang yang sejati...Tuhan tolong jage die selalu untuk diriku .... Permudahkanlah segala urusan die, pertahankanlah akidah dan agama nya. Hadirlah die yang mencintai agamaMU sebelum die mencintai diri ku ini. Ya Allah Ya Tuhan aku memohon kepadaMu Permudahkanlah segala urusan bakal imam ku di dunia dan di akhirat.Mantapkanlah agamanya serta pegangan hidupnya.

Amin.....










***********************************************************************






Okey next time aku tulis plak entry aku yang lain...actually de makna tersirat dan maksud tersurat dan tersirat .Tapi tak pe next time aku tulis lagi tentang life aku. Pwot dah lapo siut, nak g makan ddlu..dah lewat waktu lunch aku hari nie..Nty de part 2 aku sambung dr cter yang aku nak sampaikan ni untuk tajuk di atas....