Monday, October 6, 2014

KENALI TULANG RUSUK KIRIMU

Assalammualaikum...


Kisah mengapa wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki...
Seorang yang bijak berkata..
Wanita selalu akan mengembalikan yang lebih untuk lelaki.
Jika kamu memberinya rumah
Maka ia akan memberimu kehangatan dalam rumahmu
Jika kamu memberinya beras
Maka ia akan menanak nasi untukmu
Jika kamu memberinya cinta
Ia akan memberimu pengabdian seumur hidupnya
Tapi jika kau memberinya hinaan
Ia akan memberimu doa dalam air mata kepedihannya
Dan itu persiapkanlah dirimu untuk berjuta kemalangan!!!!

Jika kamu berdoa dan yakinlah bahawa dialah wanita yang terpilih untukmu
Maka terimalah dia bukan hanya sebagai wanita yang sempurna
Tetapi terimalah dia dengan cara yang sempurna
Melainkan sebagai wanita yang terbaik

Bukanlah dia yang tidak pernah berbuat salah
Tapi dia yang selalu berkata maaf untuk segala kesalahannya dan ia yang punya sejuta maaf untuk segala kesalahanmu
Ia yang mahu menerima masa lalumu 
Dan siap merancang masa depannya bersamamu dan menyerahkan kehidupannya padamu
Dia yang selalu cemas dan hilang akal ketika kamu tidak memberinya khabar

Jika dulu sifat manjanya membuatmu tertawa lucu
cemburunya bererti dia sayabg padamu
Air matanya boleh menyayat hatimu....
Tapi sekarang jadi alasan kamu mmelepeaskannya...

Maka renungkan sejenak!!!!!
Mengapa dalam berbagai lagenda bahawa wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki

Bukan dari tulang kepala kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki
Bukan dari tulang kaki kerana wanita juga bukan alas kaki lelaki

Wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hati
Agar wanita jadi pendamping, penjaga hati
Dekat dengan kerana untuk disayangi
Wanita akan terlelap dalam dakapan lelaki, kerana wanita tahu dari sana ia berasal


Maka dari itu kenalilah dan sayangilah '' Tulang Rusukmu'' :-)



Tuesday, September 30, 2014

Miss That Guy !!!!!!!

Salam Oktober guy!!!!

Hari nie tiba-tiba aku terindu plak kat member aku nie.... Mungkin persahabatan kiteorang hanya sampai separuh jalan sahaja..tapi aku redha dengan keputusan die..Aku terima dengan hati yang ikhlas dan anggap persahabatan ini perlu berakhir, mungkin takdir Allah yang kite tak tahu... Kite merancang Allah juga merancang untuk kite. Tak perlu untuk aku salahkan sesiapa macam mana kiteowang boleh berkawan dan menjadi rapat, walaupun pada mulanyer persahabatan kiteowg macam anjing dengan kucing, asal jumpa jer nak bertekak dan bergaduh.Tapi itulah kenangan camne kiteowg leh menjadi rapat... 


Sahabat maafkanlah andai diri ini ada banyak kekhilafan selama kite berkawan
Sahabat maafkanlah andai tutur bicara ku menguris hati dan persaanMu
Sahabat maafkanlah jika aku banyak menyusahkanmu 
Sahabat maafkanlah jika aku tidak dapat memahamimu
Sahabat maafkanlah jika aku bukan kawan yang sempurna .....


Tapi aku nak kau taw 1 benda saja... mengenali kau adalah perkara yang terindah dalam hidup aku, terima kasih banyak mengambil berat pasal aku selama kite berkawan, banyak berkorban masa untuk lepak-lepak dengan aku, mendengar segala masalah aku, pasal study, kerja dan terima kasih banyak-banyak tolong aku saat aku jatuh, pertolongan kau dan budi baik kau tak termampu aku balas...sebab tu semua keikhlasan yang terbit dari hati kau.


Semoga Allah balas jasa baik kau selama ini, sentiasa mendapat lindungan Allah S.W.T. selalu, hidup dilimpahi kebahagian dunia dan akhirat, itu jer yang mampu aku lakukan... MENDOAKAN kau selalu selamat dan bahagia.MENDOAKAN  kau selalu dalam sujud-sujud ku, tu jer yang mampu aku lakukan








Nyum-nyum old town white coffee Melaka.



Aku rindu nak lepak ngan ko bro....




My menu diet.... Hahahahahhaha melantak x hengat dunia....tq pada En.
 di atas yang banje



P/s : Kenangan kite mungkin tak akan aku lupakan... sebab mengenali kau adalah takdir dari Allah untuk persahabatan kite...




Friday, September 12, 2014

Jatuh Cinta Lagi....

Boleh ke aku jatuh cinta ????

Perkenalan yang singkat telah bawa aku mengelamun jauh untuk jatuh cinta pada seseorang. Ada beza ke jatuh cinta, sayang dan rindu erk....hhahahahhaha.... tapi yang penting aku memang tengah angau kat seseorang ni... kalau ade jodoh tak kemana kan... Insyallah, doa, usaha dan tawakal tue penting...


Entah la tak tau la kenape tiba-tiba jer aku rase selesa dengan die. Lagi 1 die seorang yang caring, manja, romantik boleh la jugak.... tapi aku suka sebab die tak gatai macam sesetangah lelaki. Macam mana bz sekalipun die tak penah  lupa nak text aku. Aku suka orang yang selalu bagi perhatian kat aku nie...  sebab aku juga seorang yang manja , hahahhahahhaaha nampak tak permainan aku di situ.


Ya ALLAH, Andainya Engkau wujudkan perasaan aku ketika ini, hadirkanlah die seorang yang melabuhkan cintaNya kepadaMu dahulu, sebelum die melabuhkan cintaNya kepada diriku. Lindungilah kami daripada cinta yang sia-sia dan dusta. Satukanlah hati kami hingga ke JannahMu Ya ALLAH. Permudahkanlah apa yang kami rancangkan dan satu kanlah kami dalam ikatan yang halal. Sesunguhnya kami memohon petunjuk dan rahmat dariMu Ya ALLAH. 


Sesunguhnya aku serahkan hatiku kepadaMu Ya ALLAH, rancanglah kehidupan ku sebaik-baiknya didunia dan di akhirat. Pertemukanlah aku dengan lelaki yang soleh yang dapat mengengam erat tangan aku melangkah ke JannahMu yang dapat menjadi imam kepada anak-anak ku kelak, seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab terhadap keluarga die suatu hari nanti. Seorang yang setia dan penyayang..




Amin Ya Rabbal Al Amin




Monday, September 8, 2014

Nak Wat Menantu Lak !!!!!!

Bismillahirohmanirohim...

Assalammualaikum...

Hah !!!!! cam lawak plak ada orang datang merisik aku pada hari raya hari tu... Entah la nak cakap lebih2 pun x boleh coz family aku kenal la plak, So aku amik jalan insiatif cuba untuk berkawan dulu dengan die, soal jodoh tu belakang cerita la kot. Ok so first perkenalan mak sedara die yang cuba kenen kan aku dengan die sebenarnyer, so mak sedara die la orang perantaraan antara aku dengan die. Cam biase kiteowg tukar2 picture tu pun mak sedara die yang mintak dulu. N then malam tue aku dapat balik picture die dan mak sedara  die bagitaw yang die dah bg no aku kat die. Ok firstly aku cerita dulu la sape empunya nama dan serba ringkas tentang diri die dulu ea. Nama die mohamad syazwan bin abdul hadi, die sebaya dengan aku ok. Anak sulung daripada 3 beradik, kerja askar (mat tiarap la plak kan). Ok tu jer yang aku taw serba ringkas dengan diri die.


Fistly aku dapat msg dari die pada 03.Ogos.2014 bagi aku tak ade masalah pun...wat masa nie memang aku tak ada nak pikir lagi pasal nak kawen ke ape, cuma aku perlu amik aty mak dan ayah aku untuk cuba berkawan dengan die, ye aku akui..memang la mak ayah aku risau aku belom kawen2 lagi smpai sekarang, tambah2 aku pompuan lak.Lagipun aku skunk tengah sambung blaja lagi dengan kewangan tak kukuh, gaji pun kecik lagi, seyezly kalau boleh bio la aku nak kumpul harta aku sendiri dulu, cari kerja yang menjamin masa depan. 


Sebenarnyer aku dalam masa nak reject jer budak askar nie.... dan tengah nak bagi alasan kat family aku yang aku tak boleh nak terima die.Banyak sebab la kot lau aku tak boleh nak menerima die, dan aku rase die tak mungkin boleh faham perangai aku. Lagipun aku tengok die macam lelaki yang slow down ckit...


Sebab-sebab aku nak reject die kerana mungkin die terlalu bz sampai tak sempat nak balas text aku, bayangkanlah lau hari nie aku text die 3 hari kemudian baru die reply msg aku... alasan tak masuk akal, bz memanjang, aku memang tak boleh terima bila lelaki tak dapat memberi ruang untuk diri aku, sejauh mana jauh  sekalipun antara aku dengan die zaman skunk canggih jer ade wechat, whatsapp, instgram untuk berhubung, nak dengan tak nak jer. Aku juga bukan plak jenis orang yang nak menunggu sesuatu tanpa kepastian, bagi aku lau ko dah tak boleh nak reply msg aku maksudnyer ko tak berminat untuk berkawan dengan aku. 


Bagi aku la kan... kalau seseorang tue ikhlas nak berkawan dengan kite die akan mencari suatu jalan untuk rapatkan diri die dengan kite. Bukan cari alasan yang tak munasabah... seyezly alasan macam budak sekolah tadika. Baru uji ckit, pasal bab msg2..die dah fail blom lagi uji bab lain-lain...



Tuesday, June 17, 2014

Sayang Oh Sayang


Assalammualaikum w.b.t.


Ok kesempatan yang ade nie... dengan bos aku tak ada kat opiz.....aku mengular dan menulis blog-blog aku nie... Huarghhhh hati nie panas jer, bila tengok kete kena langgar lagi dari belakang semalam... Tue la selalu sangat ikut dekat-dekat dengan kete aku kan dah berdentum...Perasaan pertama yang aku lakukan bila dah kena langgar aku saje jer dok dalam kete lama2 dulu, sebab confirm lau aku turun serta-merta memang kena tumbuk  ataupun memang kena maki percuma jer dari aku, So cuba tenangkan diri buat seketika dan aku terus pergi tengok keadaan kereta aku dulu... Arghh peduli la dengan orang yang langgar tu dulu, sape suruh die ikut rapat-rapat, dan kalau pergi belajar memandu pun jarak yang selamat adalah boleh melihat bumper kereta belakang, nak aku ajar ke cara-cara pegi kelas memandu, ok aku akui gak, aku pun bukannyer bagus sangat atas jalan raya, tapi beringat la lau ko nak speed ataw memandu secara berbahaya yang penting jangan melibatkan orang lain. Tue la kadang-kadang kite dah cukup berhati-hati bila memandu, tapi ade jer dugaan.. So far alhmdulilah x de pe2 yang berlaku kat aku.


Aku amik insiantif pergi wat report jer dalam kes ni, dah cukup berbuat baik. Last-last jadi cam kes aku ary tu... janji melayu konon nyer nak settle luar, last2 habuk pun tak de... makin menyakitkan aty ade la lau camtu. Dengan kete dah calar balar, aty lagi la tersentap, duit kena kuar sendiri. Blaja dari pengalaman, firstly bagi korang yang gegurl ni lau korang sowang2 hadapi situasi macam aku, first amik cepat2 No plat kereta die, snap jer seberapa banyak picture semasa kejadian, amik jer sekali gambar owner kenderaan tue. Pastu korang decide nak settle cam mana. if die nak settle luar terus ajak die pegi bengkel, tak kisah la private bengkel korang ataw bengkel die. Bila dah pegi, confirm2 la korang terus bagi die tanggung segala kerosakan. bil atas nama die dan die sign. makesure benda tue die buat. Kalau die macam banyak alasan korang terus jer pegi wat report  dan claim insurans jer atas kereta die. So tak payah keluar duit satu sen pun, walaupun insurans lambat skit la kereta nak siap.Tapi bagi aku berbaloi, sebab bukan salah kite dan tak perlu menangung kos perbelanjaan nak repair kereta plak.


Ya Allah banyak sangat nak kena repair kereta ni, dengan air cond tak sejuk, power window plak wat hal tadi, bonet nak kena tukar, bumper dah gebeh dan lampu dah pecah lak ni. Awal bulan ary tue dah spend money dah untuk my syg nie..gara-gara batery weet, ok melayang dah rm 150.00 henget. Hah amik ko... nie air cond plak wat hal dengan power window. Tapi bengangnyer tu air cond baru jer aku tukar 2 bulan lepas dekat rm 1000 gak la aku kena sebab repair benda lain lagi. last2 tak sejuk jugak. What the F_ _ _ la kedai nie, menipu sebab aku pompuan ke??? Nie la kelemahan pompuan bila bab-bab kereta memang la fail. Tapi kite kena gak blaja benda nie, especially aku la sebab bila aku pergi mana-mana pun memang drive sorang2 jer.So perlu amik taw serba sikit la pe yang sayang aku wat hal tue. Ni Power window nak kena tukar aku rasa dah dekat rm 399.00 lau tak silap. Tak pe jgn terburu-buru servey dulu harga dan bawak member laki korang lau nak beli barang2 spepart kereta ni, sebab dieorng lagi memahami, lau dieowg tak taw jugak, ketuk jer kepla dieowg pakai spanar tu... (hahahahahahahahahha) Hurmmm aku rase aku kena cari kawan yang keje mekanik la jawabnyer ni... ade masalah jer..boleh terus reffer kat die.... hihihihiihihi bukan nak amik kesempatan ke ape, at least korang de backup bila pe2 berlaku.. X gitu.





Muka terus x boleh senyum lepas wat report... adoii cam kelakar lak tgok muka sendiri camni... dengan berjubah bagai, dengan air cond x sejuk..trus mood dan muka berubah..





Ary tue kena sebelah kanan, semalam kena sebelah kiri plak... Complete la my syg ni kena???? huargghh amik ko...aku syg kot..
please dont hurt my love again 



*****************************************************************




report untuk claim insurans.... 




***********************************************************




p/s : Pasni kete aku kena mandi bunga kot.... asyik kena langgar jer n wat hal jer.... please aku syg ko...jgn la bagi masalah sgt kat aku... Aku bukannyer owg yang penyabar....Nanti ade gak aku humban ko dalam sungai pasni SAYANG oiii............







Sunday, May 11, 2014

Jodohku Bukan Dengan Si Dia

Bismillahirohmanirohim...
Assalammualaikum w.b.t.

Hampir setahun lamanyer untuk aku menulis entry ini.  Aku dh penat nak menjawab soalan-soalan dari orang-orang sekeliling aku. Soalan yang glamour bila aku balik kampung, pergi rumah sedara mara dan juga pergi kenduri kahwin. 


1)   Bila Kau Nak Kawen Nie!!!!!!!!!! 
2)  Bila Nak Ade Anak??? Tgook Anak Aku Dah Beso2 Kot....
3) Rugi Kawen lambat...nanti anak2 hang kecik-kecik lagi.... 
4) Tidak  takut ke jadi Andartu...
5) Kecian Mak Hang  Nak Cucu



Sapelah aku nak mempertikaikan takdir dan ketentuan Ilahi yang jodoh itu belum lagi aku miliki dan perolehi .Setiap manusia memang nak dicintai, disayangi, dihargai oleh kehidupan masing-masing. Cuma takdir Allah tu tidak siapa dapat menentang, selagi Allah tidak mengkehendaki sesuatu perkara memang Ianya tidak akan terjadi (Kun Fa Ya Kun). Sebab aku percaya empat perkara yang menjadi rahsia Allah iaitu Jodoh, ajal maut, rezeki dan juga tempat kematian kite yang tidak akan kite ketahui. Mungkin Allah melambatkan jodoh aku kerana banyak benda yang aku kena pelajari sebelum berumah tangga, sebab persediaan mental dan fizikal kena kuat bila kite melangkah ke alam yang baru, Aku juga tidak nak perkahwinan aku goyang dan rapuh di tengah jalan,dalam erti kata yang lain (Bercerai diwaktu muda) ramai sangat sekarang yang berkahwin dan bercerai, padahal bercinta bagai nak rak dari zaman sekolah lagi, last-last korang putus alasan tidak sefahaman, tidak matang, tidak puas enjoy, so tak ada istilah la korang mengakhiri zaman bujang dan berakhir dengan penceraian. Bagi aku benda ni dah macam menjadi satu trend plak. Kahwin pastu bercerai sesuka hati. Sedangkan Allah melaknat penceraian di dalam islam, kenapalah tidak ramai yang sanggup mempertahankan rumah tangga dieorang macam zaman mak dan ayah kita dulu. Cuba bukak mata korang, zaman dulu mak ayah kita hidup susah '' ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang'' tapi dieorang stay boleh menjaga dan mendidik kita sampai jadi insan yang berguna sehingga ke hari ini, dengan anak-anak yang ramai dan kehidupan mak ayah kite dulu. Aku kagum dengan kehebatan orang tua kite dulu sanggup mengengam erat tangan masing-masing demi mempertahankan rumah tangga, mendidik anak-anak dan juga mencari sesuap nasi demi kehidupan keluarga.



Salahkah, kalau aku berhati-hati dalam memilih teman hidup, bukan niat diri  nak demand sangat...cuma aku belum jumpa yang sesuai dengan diri aku, yang memahami diri aku, yang menghargai diri aku dan paling penting aku rase bab memahami. Susah nak jumpa orang yang memahami diri aku atau aku memahami diri die. Soal rupa paras tu aku rase tidak menjadi masalah sangat, apa guna dapat jejaka yang hensem, belum tentu die dapat membimbing aku ke Jannah Allah , yang dapat menjadi ketua keluarga yang baik yang dapat menjadi imam kepada aku dan anak-anak kelak, yang sanggup menerima segala kelebihan dan kekurangan diri aku. Yup aku rasa agama tu memang penting untuk sesebuah keluarga yang bahagia. Tanpa pegangan agama siapalah kita Khalifah Di Bumi Allah S.W.T. ini....(Sowie lau ayat aku macam tak betol). Mungkin dengan usia aku ni, aku mula berpikir sejauh ini,Aku hanya memerlukan insan yang matang untuk mengendali kehidupan kami sekeluarga kelak. Mungkin juga bakal imam ku tengah mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu agama untuk alam rumah tangga. Insyallah aku percaya pada perancangan Allah, Qada dan QadarNya, mungkin ade yang lebih baik untuk diri aku dan jga untuk masa depan aku, tak perlu jeles dengan kehidupan orang lain. Allah tidak akan menguji sesuatu di luar kemampuan umatnya. kemampuan nya.   Alhamdulilah pada korang yang bertemu jodoh dan mempunyai anak-anak yang comel2. Doakan aku pulak akan menjejak langkah korang pasni.   



Buat bakal imam ku..... Insyallah aku akan cuba perbaiki segala kekurangan diri... jadi yang  terbaik untuk dirimu dan  bakal anak-anak  kite.... Mengharap keredhaan Allah moga kite dipertemukan dengan niat yang murni dan suci.... Mengharapkan yang HALAL disisi Allah S.w.t. dan dilimpahi kasih sayang yang sejati...Tuhan tolong jage die selalu untuk diriku .... Permudahkanlah segala urusan die, pertahankanlah akidah dan agama nya. Hadirlah die yang mencintai agamaMU sebelum die mencintai diri ku ini. Ya Allah Ya Tuhan aku memohon kepadaMu Permudahkanlah segala urusan bakal imam ku di dunia dan di akhirat.Mantapkanlah agamanya serta pegangan hidupnya.

Amin.....










***********************************************************************






Okey next time aku tulis plak entry aku yang lain...actually de makna tersirat dan maksud tersurat dan tersirat .Tapi tak pe next time aku tulis lagi tentang life aku. Pwot dah lapo siut, nak g makan ddlu..dah lewat waktu lunch aku hari nie..Nty de part 2 aku sambung dr cter yang aku nak sampaikan ni untuk tajuk di atas....






Tuesday, September 3, 2013

My Sister Interview PoliceWomen

Alhamdulilah...
Akhirnya sebelah kaki untuk capai cita-cita mu dah hampir tercapai my sister... Lepas nie harap manfaat kan pe peluang yang dah de depan mata...
Buktikan yang kite pun blh berjaya mcm owg lain jugak kan...
So next interview 12 September 2013Terlalu happy untuk kamu...jika arwah ada pun msty die yang terlebih happy...
P/s: Al fatihah Dik are...kegembiraan ini, kami x akan penah lupakan kamu pun syg... Hanya Allah je yg taw..betapa kami rindu kan kamo...
  ALLAHYARHAM AZHAR BIN ABDUL MUTALIB